About

Nusatra Tours Sdn Bhd

NUSATRA TOURS SDN BHD adalah syarikat pengurusan destinasi (Destination Management Company) utama dalam pengurusan tempat- tempat pelancongan yang dapat memberikan kepuasan dan ketenangan kepada pelancong-pelancong dalam negeri mahupun luar negara.

Objektif syarikat ini adalah untuk memberikan perkhidmatan pelancongan komprehesif atau menyeluruh yang merangkumi bukan sahaja tempahan hotel, kunjungan, tiket penerbangan tetapi membekalkan juga perkhidmatan lain seperti persembahan kebudayaan, persembahan hiburan, aktiviti dan produk insentif, berbentuk cabaran, pengangkutan untuk delegasi- delegasi Konvesyen, destinasi-destinasi baru yang mencabar untuk sukan lasak atau latihan berkumpulan dan pelbagai lagi.

Selain itu, objektif syarikat ini adalah untuk menjadi sebuah syarikat Bumiputera yang menjalankan perkhidmatan di dalam industri perlancongan Negara. Ini kerana berdasarkan maklumat dari Persatuan Bumiputera Malaysia (BUMIPUTRA MALAYSIA), penglibatan Bumiputera dalam industri perlancongan Negara hanya 12.5 peratus, iaitu lebih rendah dari angka petunjuk rasmi Negara 18.9 peratus ekuiti Bumiputera dalam sektor ekonomi secara keseluruhan.