SCANDINAVIA

SCANDINAVIA

NORWAY • DENMARK • SWEDEN • FINLAND • ESTONIA
Jelajah Eropah!

HARI 1 : KUALA LUMPUR – OSLO (MOB)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu penerbangan bagi urusan daftar masuk, sesi taklimat dan pemerik saan imigresen. Berlepas ke Oslo.

HARI 2 : OSLO - TOUR (B/D)
Setibanya di Lapangan Terbang Oslo, bertemu wakil tempatan dan memulakan lawatan bandar. Melawat Fram Museum yang mempamerkan sejarah ekspedisi kutub Norway. Seterusnya menikmati pemandangan Oslo City Hall, Akershus Fortress, National Theatre, bersiar-siar di Vigeland Park yang terkenal dengan ratusan arca unik, serta singgah di Oslo Opera House, Oslo Cathedral dan Parliament House. Daftar masuk hotel.

HARI 3 : OSLO – GEILO – FLÅM – GUDVANGEN– VOSS (B/D)
Selepas sarapan, bertolak menuju Geilo, sebuah bandar peranginan yang terkenal dengan keindahan pergunungan Norway. Perjalanan diteruskan ke Flåm, sebuah perkampungan indah di tepi fjord sebelum menikmati Nærøyfjord Fjord Cruise, pelayaran yang membawa anda menyusuri salah satu fjord tercantik di dunia yang diiktiraf UNESCO. Tiba di Gudvangen dan meneruskan perjalanan ke Voss untuk daftar masuk hotel.

HARI 4 : VOSS – MYRDAL – FLÅM – GUDVANGEN– BERGEN (B/D)
Sarapan pagi dan bertolak menaiki VY Train dari Voss ke Myrdal sebelum menyambung perjalanan dengan Flåmsbana Scenic Railway, antara laluan kereta api paling indah di dunia yang melalui lembah, air terjun dan gunung-ganang. Setibanya di Flåm, melawat Viking Valley untuk mengenali sejarah serta budaya mas yarakat Viking. Menuju ke Bergen dan menaiki Floibanen Funicular untuk menikmati panorama bandar Bergen dari puncak bukit sebelum daftar masuk hotel.

HARI 5 : BERGEN – GEILO – OSLO (B/D)
Selepas sarapan, meninggalkan Bergen dan menikmati perjalanan merentasi kawasan pergunungan Norway menuju Geilo. Perjalanan diteruskan kembali ke Oslo sebelum daftar masuk hotel dan berehat.

HARI 6 : OSLO – GOTHENBURG – MALMÖ (B/D)
Sarapan pagi dan bertolak ke Gothenburg, bandar kedua terbesar di Sweden yang terkenal dengan suasa na pelabuhan dan seni bina klasik. Selepas makan tengah hari, perjalanan diteruskan ke Malmö, bandar moden di selatan Sweden untuk daftar masuk hotel.

HARI 7 : MALMÖ – COPENHAGEN – MALMÖ (B/D)
Selepas sarapan, bertolak ke Copenhagen melalui Øresund Bridge, jambatan ikonik yang menghubung kan Sweden dan Denmark. Lawatan bandar merangku mi Amalienborg Castle, kediaman rasmi keluarga diraja Denmark, Little Mermaid Statue, mercu tanda paling terkenal di Copenhagen, serta melihat Christiansborg Palace, City Hall dan kawasan sekitar bandar lama sebe lum kembali ke Malmö.

HARI 8 : MALMÖ – LINKÖPING – STOCKHOLM (B/D)
Sarapan pagi dan bertolak ke Linköping, sebuah bandar bersejarah di Sweden. Perjalanan diteruskan ke Stock holm, ibu negara Sweden yang dibina di atas kepulauan indah. Daftar masuk hotel.

HARI 9 : STOCKHOLM – SILJA LINE CRUISE (B)
Selepas sarapan, memulakan lawatan sekitar Stock holm. Melawat Stockholm City Hall, lokasi majlis makan malam Hadiah Nobel, serta menikmati pemandangan Gamla Stan (Old Town) yang terkenal dengan jalan berbatu klasik, Royal Palace, Gustav Adolfs Square dan Concert Hall. Pada sebelah petang, daftar masuk ke Silja Line Cruise untuk pelayaran semalaman menuju ke Helsinki.

HARI 10 : HELSINKI (B/D)
Setibanya di Helsinki, memulakan lawatan bandar yang merangkumi Tuomiokirkko (Helsinki Cathedral), Uspenski Cathedral, Senate Square, Oodi Central Library, Esplanadi Park, Helsinki Old Town dan Sibelius Park yang terkenal dengan monumen komposer terkenal Finland. Seterusnya melawat Rock Church (Temppeli aukio Church) yang dibina terus di dalam batu granit semula jadi.

HARI 11 : HELSINKI – TALLINN – HELSINKI (B/D)
Selepas sarapan, menaiki feri menuju Tallinn, ibu negara Estonia yang terkenal dengan bandar lama zaman pertengahan. Lawatan merangkumi Toompea Castle serta Alexander Nevsky Cathedral, antara bangunan paling ikonik di bandar ini. Kembali semula ke Helsinki dengan feri.

HARI 12 : HELSINKI – KUALA LUMPUR (B/MOB)
Sarapan pagi dan masa bebas untuk membeli-belah atau bersiar-siar sekitar kawasan hotel bergantung kepada waktu penerbangan. Seterusnya bertolak ke lapangan terbang bagi penerbangan pulang ke Kuala Lumpur. HARI 13 : KUALA LUMPUR Tida di Kuala Lumpur dengan seribu kenangan dari Scandinavia.

  PAKEJ TERMASUK

  Makanan (MOB, B, D)
  Tiket penerbangan Pergi & Balik • 9 Malam Penginapan • 1 Malam Silja Line Cruise • Makan Dan Minum Mengikut Aturcara • Pengangkutan Sepanjang Program • Pemandu Pelancong Berbahasa Inggeris • Tiket Masuk Tempat-Tempat Lawatan • Tiket Fjord Cruise • Tiket Kereta Api Scenic • Tiket Funicular

  TIDAK TERMASUK

  Perbelanjaan peribadi • Insurans perjalanan • Tipping RM250/Seorang • Optional Tour

TARIKH PELEPASAN 2027
  Penerbangan
QATAR EMIRATES

  Tarikh Berlepas

01-05-2027

  Harga Pakej

PROMO     JIMAT RM 3,000
DEWASA
BER2 / BER3

dari  RM 13,999

RM 16,999

WARGA EMAS
> 55 TAHUN

N/A

KANAK2
BERKATIL

N/A

KANAK2
TANPA KATIL

N/A

Jelajah Dunia Bersama Kami!

Tourism Malaysia
YVM 2026
DUBAI
JAPAN
KOREA
TAIWAN
THAILAND
TURKEY