SPAIN PORTUGAL MOROCCO
SPAIN PORTUGAL MOROCCO
CASABLANCA • MARRAKECH • RABAT • KENITRA CHEFCHAOUEN • TANGIER • ALGECIRAS • ELVAS LISBON • SEVILLE • CORDOBA • GRANADA • MADRID
HARI 1 : KLIA - CASABLANCA (MOB)
Berkumpul 3 jam sebelum berangkat ke KLIA untuk proses daftar masuk dan bertolak ke Casablanca.
HARI 2 : CASABLANCA - MARRAKECH (MOB/L)
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Mohammed V, Casablanca, perjalanan dimulakan dengan lawatan ke Masjid Hassan II, masjid terbesar di Maghribi dan ketujuh terbesar di dunia. Masjid ini terkenal dengan menara setinggi 210 meter, hiasan mozek yang halus, lantai marmar serta lantai kaca yang memperlihatkan Lautan Atlantik di bawahnya. Seterusnya, perjalanan menyusuri Corniche Ain Diab, kawasan pesisir pantai yang indah dengan deretan kafe dan pantai. Perjalanan diteruskan ke Marrakech (anggaran 3 jam). Pada waktu petang, peserta akan menerokai Dataran Jemaa El-Fnaa, sebuah tapak warisan UNESCO yang meriah dengan pencerita, pemuzik, pawang ular dan peniaga tempatan, menampilkan keunikan budaya Maghribi. Bermalam di Marrakecch.
HARI 3 : LAWATAN BANDAR MARRAKECH (B,L)
Sarapan pagi di hotel dan lawatan dimulakan dengan ke Bahia Palace yang terkenal dengan seni bina Islam yang menakjubkan, diikuti oleh Koutoubia Mosque dan Menara Garden. Selepas itu, peserta akan makan tengah hari di restoran halal. Setelah itu, peserta akan bersiar - siar di Souk Market Marrakech untuk mengenali kraf tempatan dengan suasana meriah dan mengunjungi Spicy Pharmacy dimana peserta boleh membeli bahan semula jadi serta mempelajari tentang rempah dan herba tempatan. Makan malam dan bermalam di Marrakech.
HARI 4 : MARRAKECH – RABAT – KENITRA (B/L)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Rabat (anggaran 3.5 jam), ibu negara politik Maghribi yang tenang dan bersejarah. Lawatan merangkumi Istana Diraja Mechouar, kediaman rasmi Raja Maghribi, Menara Hassan, menara masjid abad ke-12 yang tidak siap, serta Makam Mohammed V yang menampilkan seni zellij dan marmar yang indah. Peserta juga akan melawat Kasbah of the Udayas, iaitu kubu yang bersejarah dengan lorong berwarna putih & biru yang menghadap Lautan Atlantik. Perjalanan diteruskan ke Kenitra untuk bermalam.
HARI 5 : KENITRA – CHEFCHAOUEN – TANGIER (B,L)
Selepas sarapan pagi, bertolak awal ke Chefchaouen (anggaran 4 jam), bandar ikonik yang terkenal dengan bangunan dan lorong berwarna biru di kaki Pergunungan Rif. Lawatan termasuk Muzium Kasbah, taman Andalusia dan kawasan medina untuk melihat kraftangan tempatan. Seterusnya, perjalanan diteruskan ke Tangier (anggaran 2 jam), sebuah bandar persimpangan budaya Afrika, Eropah dan Arab. Daftar masuk hotel di Tangier.
HARI 6 : TANGIER – FERI KE SEPANYOL – ALGECIRAS– ELVAS (B/D)
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa ke Pela buhan Tanger Med untuk menaiki feri ke Algeciras, Sepanyol (anggaran 1.5 jam). Sepanjang perjalanan, peserta dapat menikmati pemandangan Selat Gibraltar, titik pertemuan Eropah dan Afrika. Seterus nya, perjalanan darat melalui selatan Sepanyol menuju ke Elvas, Portugal (anggaran 4.5 jam). Bermalam di Elvas
HARI 7 : ELVAS – LISBON – ELVAS (B,D)
Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak ke Lisbon untuk lawatan sehari penuh. Lawatan merangkumi Menara Belem, Monumen Penjelajah an, dan Biara Jeronimos, tapak warisan UNESCO yang menempatkan makam Vasco da Gama. Peserta juga akan singgah di Commerce Square dan Rossio Square, pusat bandar Lisbon yang sibuk. Masa bebas diberikan sebelum kembali ke Elvas.
HARI 8 : ELVAS – SEVILLE (B,D)
Selepas sarapan pagi, perjalanan diteruskan ke Seville (anggaran 3 jam), bandar yang terkenal dengan tarian flamenco dan seni bina Moorish. Lawatan termasuk Plaza de España, Torre del Oro, Katedral Seville serta Menara Giralda, dan berjalan santai di Barrio Santa Cruz, kawasan lama Yahudi yang penuh pesona. Bermalam di Seville.
HARI 9 : SEVILLE – CORDOBA – GRANADA (B/D)
Selepas sarapan pagi, peserta akan ke Cordoba untuk melawat Mezquita-Cathedral, masjid-katedral unik dengan seni bina Islam dan Kristian. Peserta juga akan melintasi Jambatan Roman sebelum meneruskan perjalanan ke Granada (anggaran 2 jam). Bermalam di Granada.
HARI 10 : GRANADA – MADRID – LAS VENTAS BULLRING (B,D)
warisan UNESCO yang terkenal dengan seni bina Moorish dan taman yang mempesonakan. Perjala nan diteruskan ke Madrid (anggaran 4.5 jam) dengan lawatan ke Las Ventas Bullring, gelanggang lembu jantan terbesar di Sepanyol. Bermalam di Madrid.
HARI 11 : MADRID – SANTIAGO BERNABÉU LAWATAN BANDAR (B,D)
Selepas sarapan pagi, peserta akan melawat Stadium Santiago Bernabéu, stadium ikonik kelab Real Madrid. Lawatan diteruskan ke Pusat Kebudayaan Islam Madrid, diikuti lawatan bandar merangkumi Istana Diraja (luaran), Puerta del Sol, Plaza Mayor dan Gran Via, jalan membeli-belah utama Madrid. Berma lam di Madrid.
HARI 12 : MADRID – LAS ROZAS VILLAGE KUALA LUMPUR (B/MOB)
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa membe li-belah di Las Rozas Village Outlet, yang menawar kan pelbagai jenama terkenal dengan harga diskaun. Seterusnya, peserta akan dihantar ke Lapangan Terbang Madrid-Barajas untuk penerbangan pulang, menandakan tamat perjalanan merentas Maghribi, Sepanyol dan Portugal yang penuh kenangan.
HARI 13 : KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan seribu kenangan manis bersama nusatravel selama 13 hari 10 malam.
PAKEJ TERMASUK
Makanan (HALFBOARD)
TARIKH PELEPASAN 2026
Penerbangan
QATAR AIRLINES
Tarikh Berlepas
11-05-2026
25-05-2026
27-06-2026
26-09-2026
28-10-2026
Harga Pakej
DEWASA
BER2 / BER3
dari RM 9,890
RM 10,490
WARGA EMAS
> 55 TAHUN
N/A
KANAK2
BERKATIL
N/A
KANAK2
TANPA KATIL
N/A
PELEPASAN CUTI SEKOLAH 2026
Penerbangan
QATAR AIRLINES
Tarikh Berlepas
04-06-2026
13-06-2026
12-09-2026
Harga Pakej
DEWASA
BER2 / BER3
dari RM 9,890
RM 10,490
WARGA EMAS
> 55 TAHUN
N/A
KANAK2
BERKATIL
N/A
KANAK2
TANPA KATIL
N/A