INDONESIA
ACEH & SABANG ISLAND
BANDA ACEH • PULAU SABANG
HARI 1 : KUALA LUMPUR - BANDA ACEH (D)
Berkumpul 3 jam di KLIA2 sebelum penerbangan untuk proses check in bagasi dan sesi taklimat.Sampai di Airport Sultan Iskandar Muda, Peserta dijemput oleh Guide Kami. Peserta dibawa melawat Kuburan Massal, iaitu mangsa Tsunami yang dikuburkan pada satu lubang sebanyak 46.718 orang. Coffe time & kue Aceh (Welcome drink). Selepas itu, melawat dan Solat di Masjid Baiturrahman. Makan malam di restaurant tempatan. Setelah itu, peserta dihantar ke hotel dan berehat. Peserta diminta untuk packing barang keperluan untuk ke Pulau Sabang dengan menaiki ferry jam (08:00 A.M) esok.
HARI 2 : BANDA ACEH - PULAU SABANG (B,L,D)
Breakfast di hotel, check-out hotel jam (07:00 A.M) (barang yang tidak di bawa akan ditinggalkan di Receptionist Hotel). Bertolak ke Pelabuhan Ulee Lheue, persiapan naik Ferry menuju Pulau Sabang. Setelah tiba di Pulau Sabang, peserta akan terus City Tour melawat view puncak GT, Benteng Jepun, Pantai Sumur Tiga. Kemudian, makan tengahari di restaurant, Solat Zohor di Masjid Sabang. Melihat view pulau Klah. Tugu “0 kilometer” (Monumen tugu anda awal mula hitungan hujung Indonesia). Melihat view di Freedie’s sky walk. Peserta dibawa ke Pantai Iboih. Menaiki Boat untuk melihat Dolphin dan keliling Pulau Rubiah menggunakan glass boat untuk melihat Terumbu Karang. Makan malam. Check-in hotel (packing barang esok untuk balik ke Banda Aceh).
HARI 3: PULAU SABANG – BANDA ACEH (B, L, D)
Hari ketiga dimulakan dengan sarapan pagi dan check-out dari hotel sebelum peserta dibawa bergambar di Tugu “I Love Sabang”. Seterusnya bertolak ke Pelabuhan Balohan Sabang untuk menaiki feri pulang ke Banda Aceh. Tiba di Banda Aceh, peserta terus melawat dan bergambar di Tulisan Pantai Ulee Lheue, kemudian meneruskan lawatan ke Masjid Baiturrahim, sebuah masjid yang masih teguh berdiri walaupun terletak bersebelahan laut dan menjadi saksi bencana tsunami. Perjalanan diteruskan ke Kapal PLTD Apung, iaitu kapal penjana elektrik seberat 2,600 tan yang dihanyutkan tsunami sejauh 5 kilometer dari lokasi asal ke kawasan perkampungan. Selepas makan tengah hari, peserta melawat Kubah Tengah Sawah – kubah masjid seberat 80 tan yang terapung sejauh 2.5 kilometer dan kini terletak di tengah sawah sebagai monumen bersejarah. Lawatan diteruskan ke Rumah Pahlawan Wanita Aceh, Cut Nyak Dhien, sebelum menuju ke Pantai Lampu'uk / Lhoknga yang menghadap Lautan Hindi untuk bersantai dan menikmati keindahan alam. Peserta kemudian singgah solat di Masjid Rahmatullah dan meneruskan aktiviti membeli-belah di Pasar Aceh yang terkenal dengan kain pelekat, batik, telekung, jubah serta pakaian lelaki dan wanita. Hari ditutup dengan makan malam di restoran tempatan dan check-in semula ke hotel untuk berehat.
HARI 4: BANDA ACEH – KUALA LUMPUR (B, L)
Sarapan pagi di hotel, kemudian peserta check-out dan memulakan lawatan ke Gunongan Putri Pahang, iaitu sebuah struktur unik berbentuk gunungan yang dibina daripada campuran putih telur sebagai simbol cinta agung Sultan Aceh kepada isterinya, Puteri Kamaliah dari Pahang, Malaysia. Lawatan diteruskan ke Museum Tsunami yang dibina bagi memperingati tragedi besar yang pernah melanda bumi Aceh. Seterusnya, peserta menikmati makan tengah hari di restoran tempatan sebelum menunaikan solat Zuhur di Masjid Al-Makmur (Oman). Selesai program, peserta dihantar ke Lapangan Terbang Sultan Iskandar Muda untuk penerbangan pulang ke Malaysia dengan seribu kenangan manis dari bumi Aceh yang penuh sejarah, budaya dan keindahan semula jadi.
PAKEJ TERMASUK
Makanan (FULL BOARD)
Tiket Penerbangan Pergi Balik
Makan minum sesuai aturcara
Dolphin Hunting
Pengangkutan sepanjang program
3 malam penginapan
Pemandu pelancongan
Bayaran masuk tempat lawatan
Air mineral dalam bas
Bagasi 20KG
TIDAK TERMASUK
Perbelanjaan peribadi
Tipping RM50/seorang
Meal dalam flight
TARIKH PELEPASAN 2025
Penerbangan
Tarikh Berlepas
25-09-2025
23-10-2025
13-11-2025
Harga Pakej
DEWASA
BER2 / BER3
RM 1,880
RM 2,080
WARGA EMAS
> 55 TAHUN
N/A
KANAK2
BERKATIL
N/A
KANAK2
TANPA KATIL
N/A