INDONESIA
SURABAYA BROMO
JUANDA • SIDIARJO • BROMO • SURABAYA
HARI PERTAMA : SURABAYA – BROMO (L,D)
Berkumpul di KLIA 3 jam dari waktu pelepasan untuk proses daftar masuk. Penerbangan ke Surabaya mengambil masa selama 2 jam 45 minit. Setibanya di Juanda Airport, peserta di transfer ke Probolingo. Dalam perjalanan singgah di Tanggulangin untuk melihat hasil seni dari kulit dan juga melawat perkampungan yang tenggelam akibat lumpur di Lapindo. Tiba di Bromo, check in hotel.
HARI KEDUA : BROMO SUNRISE – SEMERU – BATU - MALANG (B,L,D)
Bertolak seawall jam 3 pagi untuk sesi Sunrise Hunting di Semeru dan Bromo (dengan jeep). Nikmati keindahan alam yang memberikan sejuta pengalaman unik. Selesai acara, peserta dihantar ke hotel penginapan untuk sarapan dan seterusnya bertolak ke Kota Batu. Di sini peserta dibawa melawat dan berpeluang memetik epal. Peserta juga dibawa untuk membeli ole-ole sebagai bekalan untuk dibawa pulang ke Malaysia. Check in hotel di Kota Malang.
HARI KETIGA : MALANG – SURABAYA - MADURA (B,L,D)
Selepas sarapan, peserta akan di bawa ke Surabaya Kota yang merupakan bandar ke-2 terbesar di Indonesia. Lawatan akan dimulakan dengan photo stop di Tugu Soroboyo (Jerung Buaya) dan seterusnya melawat ke Muzium Kapal Selam. Selepas makan tengahari peserta dibawa untuk shopping di Jembatan Merah Plaza atau ITC dan juga membeli batik original di Mirota. Sebelah petang, peserta akan dibawa melawat ke Madura yang merupakan bandar bersebelahan dengan Surabaya melalui Jembatan Suramadu yang baru dibina. Check in hotel di Surabaya.
HARI KEEMPAT : SURABAYA – KUALA LUMPUR (B)
Selepas sarapan pagi, peserta diberikan waktu bebas sebelum dihantar ke airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur
PAKEJ TERMASUK
Makanan (FULL BOARD)
Tiket penerbangan pergi dan balik
Hotel 3 malam
Makan minum sesuai aturcara
Pengangkutan sepanjang program
Bayaran masuk tempat lawatan
Pemandu Pelancong
TIDAK TERMASUK
Perbelanjaan peribadi
Tipping RM50 per/pax
Insurans Perlindungan
TARIKH PELEPASAN 2026
Penerbangan
Tarikh Berlepas
12-09-2026
10-10-2026
Harga Pakej
DEWASA
BER2 / BER3
dari RM 1,999
RM 2,580
WARGA EMAS
> 55 TAHUN
N/A
KANAK2
BERKATIL
N/A
KANAK2
TANPA KATIL
N/A