ALA - ALA AFRICA
INDONESIA

ALA - ALA AFRICA

PRIGEN • PRIGEN SAFARI • JEMBER • BANYUWANGI • IJEN GILIMANUK • LOVINA DOLPHIN • PANDAWA • BALI • NUSA PENIDA
Awesome Indonesia

HARI 1 : KUALA LUMPUR – JUANDA – PRIGEN (MOB,D)
Berkumpul di KLIA 4 jam sebelum berangkat, proses daftar masuk dan mengambil penerbangan ke Juanda International (2 jam 45 minit). Setibanya di sana dijemput wakil kami dan bertolak ke Prigen, dalam perjalanan singgah melawat ke Kawasan Lumpur Lapindo di Sidiarjo (Kawasan kampung dan bandar yang tenggelam oleh sebab lumpur perlombongan). Meneruskan perjalanan ke Prigen, check in hotel untuk berehat.

HARI 2 : PRIGEN SAFARI – JEMBER (B,L,D)
Selepas sarapan pagi, peserta dibawa untuk menikmati lawatan di Indonesia Safari Park II yang menempatkan pelbagai jenis haiwan yang berkeliaran bebas. Selain itu anda juga diberikan masa bebas untuk menikmati pelbagai acara di situ seperti Baby Zoo, Aquatic Land, Australiana, ATV dan pelbagai lagi. Setelah selesai lawatan, peserta akan bertolak menuju ke Jember, iaitu salah satu kota di Jawa Timur. Makan malam dan menginap.

HARI 3 : JEMBER – BANYUWANGI (B,L,D)
Selepas sarapan pagi, peserta akan bertolak ke Banyuwangi melalui kawasan hutan simpan yang mana jalannya berkelok. Di sini peserta boleh melihat kegiatan kehidupan orang tempatan dengan pemandangan hutan, puluhan sungai dan sawah padi. Setibanya di Banyuwangi, peserta akan dibawa untuk melawat ke Baluran Safari. Di sini peserta akan dibawa explore untuk melihat kawasan yang hampir sama dengan Afrika sambil menyaksikan beberapa jenis haiwan yang dibiarkan liar bebas. Selesai lawatan berpatah balik ke Banyuwangi dan singgah di kedai cenderamata untuk membeli ole-ole seperti key chain, pisang salai, aneka kerepek, kopi local dan pelbagai lagi. Check in hotel di Banyuwangi.

HARI 4 : BANYUWANGI – IJEN – GILIMANUK - LOVINA (B,L,D)
Seawal jam 3 pagi peserta akan bertolak ke Kawasan Gunung Ijen untuk melihat tarikan popular di sana iaitu ljen Blue Fire (Untuk naik ke atas servis gondola disediakan pada harga RM500 sebagai option kepada pendakian manual). Nota-Lawatan ke ljen adalah tertakluk kepada kebenaran pentadbir setempat. Selesai lawatan ke ljen, balik ke hotel untuk sarapan pagi dan membersihkan diri. Setelah itu peserta akan dibawa ke terminal untuk mengambil pelayaran ke Gilimanuk. Makan tengahari disediakan di restoran tempatan sebelum peserta dibawa ke Lovina untuk check in dan berehat.

HARI 5 : LOVINA DOLPHIN – PANDAWA (B,L,D)
Seawal jam 5 pagi peserta dibawa dengan bot untuk memburu Dolphin di Pantai Lovina. Alamilah satu pengalaman yang cukup unik melihat ratusan bot alang di Tengah laut mengikuti sekumpulan dolphin liar berenang bebas sambil dihiasi oleh sunrise yang menguning. Selesai acara, balik ke hotel untuk sarapan pagi dan check out untuk bertolak ke Kuta Bali. Selepas makan tengahari, peserta akan di bawa ke Pandawa, satu kawasan Pantai popular dengan laluan berbukit, tidak ubah seperti pemandangan di Ocean Drive Australia. Selesai acara, bertolak balik ke Kuta Area untuk check in hotel dan berehat.

HARI 6 : BALI – NUSA PENIDA (B,L,D)
Selepas sarapan pagi peserta akan dibawa ke Jeti untuk mengambil bot ke Nusa Penida, sebuah pulau kecil dengan pemandangan indah yang sedang viral kini. Lawatan dan photo stop di beberapa tempat menarik seperti Angel Billabong, Thousand Island Viewpoint dan beberapa lagi tempat. Selesai lawatan balik ke Bali untuk rehat. Pada sebelah petang peserta dibawa untuk makan sefood di Pantai Jimbaran sambil melihat sunset yang cukup indah.

HARI 7 : BALI – KUALA LUMPUR (B)
Selepas sarapan pagi, peserta diberikan masa bebas sehingga transfer ke Denpasar Airport untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur dengan sejuta kenangan manis. Nota : Program di atas mungkin berubah berdasarkan keadaan semasa.

  PAKEJ TERMASUK

  Makanan (FULL BOARD)
  Tiket Penerbangan Pergi Balik
  Bayaran Ferry Banyuwangi - Gilimanuk
  Bayaran Alang Boat untuk Dolphin Hunting
  Bayaran Bot ke Nusa Penida
  Bayaran Masuk (Prigen Safari, Baluran Safari)
  Bayaran Permit ke ljen
  Makan minum sesuai aturcara
  Tour Guide Yang Kacak

  TIDAK TERMASUK

  Perbelanjaan Peribadi
  Tipping Untuk Guide / Petugas RM200.00
  Gondola Ride di Ijen

TARIKH PELEPASAN 2025
  Penerbangan
AIRASIA

  Tarikh Berlepas

15-08-2025

28-08-2025

17-09-2025

14-11-2025

  Harga Pakej

PROMO     JIMAT RM 200
DEWASA
BER2 / BER3

RM 3,780

RM 3,980

WARGA EMAS
> 55 TAHUN

N/A

KANAK2
BERKATIL

N/A

KANAK2
TANPA KATIL

N/A

PAKEJ CUTI SEKOLAH 2025 & 2026
  Penerbangan
AIRASIA

  Tarikh Berlepas

13-09-2025

22-12-2025

29-12-2025

  Harga Pakej

PROMO     JIMAT RM 100
DEWASA
BER2 / BER3

RM 3,880

RM 3,980

WARGA EMAS
> 55 TAHUN

N/A

KANAK2
BERKATIL

N/A

KANAK2
TANPA KATIL

N/A

Jelajah Dunia Bersama Kami!

Tourism Malaysia
YVM 2026
DUBAI
JAPAN
KOREA
TAIWAN
THAILAND
TURKEY