NEW ZEALAND

NEW ZEALAND

AUCKLAND • HAMILTON • MATAMATA • CHRISTCHURCH TEKAPO • PUKAKI • TWIZEL • WANAKA • CROMWELL KINGSTON • TE ANAU • MILLFORD SOUND • QUEENSTOWN
Jelajah New Zealand!

HARI 1 : KLIA - AUCKLAND (MOB)
Berlepas dengan penerbangan Malaysia Airlines. Berkumpul di KLIA untuk pendaftaran dan check in.

HARI 2 : AUCKLAND - HAMILTON (D)
Tiba di Auckland Airport, urusan imegresen dan kastam, Selepas itu bertolak ke Auckland City, melakukan city tour dengan melawat persisiran pantai (Mission Bay) yang berlatar belakang bandar Auckland Sky Tower, Sky Park dan kawasan pesisir sebelum bertolak ke Hamilton. Tiba di Hamilton, city tour dan membeli souvenir dan check in hotel.

HARI 3 : HAMILTON – MATAMATA - AUCKLAND (B,D)
Berlepas ke Rotorua untuk lawatan ke Agrodome. Selesai program akan singgah di Rotorua Lake untuk melawat dan merakamkan memori di Broadwalk yang baru dibuka. Selesai program bertolak balik dan akan singgah di Matamata (Hobbiton) untuk sesi photo dan membeli barangan cenderamata. Bertolak balik ke Auckland dan bermalam.

HARI 4 : AUCKLAND - CHRISTCHURCH (B,D)
Selesai sarapan pagi, peserta dihantar ke Auckland Airport untuk penerbangan ke Christchurch. Tiba di Christchurch, dibawa ke Bush Inn Centre untuk lunch dan shopping barangan keperluan/makanan ringan seperti coklat, minuman dan buah- buahan . Sesudah lunch dibawa melawat ke Botanic Garden, sebuah taman seluas 21 hektar yang bersebelahan dengan Avon River dan Hagley Park. Seterusnya ke Canter burry Museum, mengenali warisan Sejarah New Zealand, adat serta budaya. Singgah solat di Masjid Annur yang sebelum ini terkait serangan tembakan rambang di awal 2019. Selesai acara check in hotel.

HARI 5 : CHRISTCHURCH – TEKAPO – PUKAKI – TWIZEL - CROMWELL (B,D)
Awal pagi bergerak ke Twizel dan menikmati pemandangan perjalanan yang dikelilingi ladang ternak kambing biri-biri dan lembu. Singgah di Lake Tekapo dan Lake Pukaki yang mempunyai air tasik berwarna turquoise di dasarnya dengan berlatar belakang Mt. Cook, gunung tertinggi di New Zealand. Nikmati pemandangan yang indah di sini. Singgah di High Country Salmon Farm untuk melihat tempat penternakan ikan salmon tertinggi di dunia dan mencuba merasa pelbagai hasil olahan Salmon serta menyertai aktiviti feeding fish. Seterusnya bergerak menuju Lindiss Pass, padang savana yang dipenuhi rumput tussock dengan pemandangan yg dikelilingi gunung ganang. Perjalanan diteruskan menuju Cromwell dan check in hotel.

HARI 6 : CROMWELL – WANAKA– KINGSTON TE ANAU (B,D)
Awal pagi singgah di Lake Wanaka, tasik keempat terbesar di New Zealand yang terkenal dengan symbol Lonely Tree dan antara tempat yang disebut dalam filem Mission Impossible III. Perjalanan diterus kan ke Cromwell, bandar yang terkenal dengan buah-buahan segar dari ladang serta fruitice creamn ya. Perjalanan diteruskan menuju Taman Negara Fiordland dan peserta berhenti menginap di Te Anau, perkampungan terakhir menuju Millford.

HARI 7 : TE ANAU - MILLFORD SOUND QUEENSTOWN (B,D)
Selepas sarapan pagi, bertolak ke Milford Sound, melewati Hommer Tunnel yang mempunyai peman dangan yang spektakular dengan ladang ternak dan ratusan gugusan air terjun di celah-celah gunung. Singgah di Mirror Lake yang merupakan sebuah tasik yang mempunyai air seperti cermin. Tiba di Milford Sound dan menaiki Cruise selama dua jam bagi menikmati pemandangan Fiordland New Zealand, dengan air terjun setinggi 151 meter berlatar belakang gunung setinggi 1300 meter menampak kan satu pemandangan yang sungguh mengagum kan serta berpeluang melihat ikan dolphin secara dekat yang mengelilingi kapal dan bergambar kenangan dengan bunga lupin yang hanya tumbuh di selatan New Zealand sahaja. Selesai acara, bertolak balik ke Queenstown dan check in hotel.

HARI 8 : QUEENSTOWN – GLENORCHY (B,D)
Selepas sarapan pagi, peserta akan dibawa melawat Glenorchy iaitu salah satu lokasi pengembaraan filem Lord of The Ring di mana peserta dapat melihat dataran berkabus dan dikelilingi gunung serta tasik yang cukup cantik. Luangkan sedikit waktu untuk merakamkan keindahan bandar Queenstown. Acara bebas di Queenstown yang merupakan jantung kepada South Island New Zealand. Peserta boleh membeli belah barangan cenderahati, mencuba cable car, gondola, bungee jump (OPTIONAL) dan sebagainya dan kembali ke hotel untuk rehat.

HARI 9 : QUEENSTWON – AUCKLAND (B)
Selepas sarapan pagi, peserta akan berangkat ke airport Queenstown untuk penerbangan pulang ke Auckland. Peserta akan di bawa pindah ke terminal untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 10 : KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan kenangan manis dari New Zealand

  PAKEJ TERMASUK

  Makanan (FULL BOARD)
  Tiket Penerbangan Kuala Lumpur – Auckland • Tiket Penerbangan Auckland – Christchurch • Tiket Penerbangan Queenstown – Auckland • Penginapan sepanjang pakej • Makan minum HALAL sesuai aturcara • Pengangkutan berhawa dingin • Tour Guide berbahasa Melayu • Tour Leader dari nusatravel • Bayaran tempat masuk lawatan

  TIDAK TERMASUK

  Insurans Peribadi • Perbelanjaan Peribadi • Lebihan berat bagasi • Tipping untuk petugas RM150.00 • ETA Visa Fee RM300 • Lunch

Jelajah Dunia Bersama Kami!

Tourism Malaysia
YVM 2026
DUBAI
JAPAN
KOREA
TAIWAN
THAILAND
TURKEY